Monday, January 3, 2011

Aliff Aziz Shirless?


Wow, mantap bro:) itu yang kumampu katakan. Gambar ini dipetik dari Majalah media hiburan edisi 1jan-7 jan 2011. Menangislah dan meraunglah awek2 dan adik-adik di luar sana menatap gambar ini. Walaubagaimanapun aku puji keberanian Aliff Aziz menayangkan tubuh badannya yang makin tegap itu, baru dikatakan hero. Tapi taklah aku menyokong dia membuka baju tanpa alasan yang munasabah. Namun, gambar ini tidaklah terlalu daring dan pose maut gitu cuma teknik kamera dan gambar yang tampak begitu professional. 

Nampaknya, Aliff bersungguh-sungguh mahu badannya sasa dan tegap seperti yang diluahkan pada majalah mangga tahun lepas. Hasilnya amat memberangsangkan. Begitu juga dengan karier dia sebagai penyanyi, lagu bersama Joanna bertajuk "Kalau Cinta" mula mendapat tempat di hati pendengar dan kerap kali diputarkan di corong-corong radio berbanding single pertamanya bertajuk "Cinta". Walaupun sebelum ini dia dihambat dengan kontroversi di mana dia dikatakan berfoya-foya di kelab bersama seorang wanita yang lebih tua darinya pada tahun 2009, Aliff tetap tabah dan terus ke hadapan membina empayar seninya. Menurut sumber dari Facebooknya, Aliff mahu terjun bidang lakonan. Bolehlah pegang watak Hero, badan dah cantik dan tegap. Mahu meletop drama dan filem nanti hehehe...  Syabas kepada Aliff Aziz, semoga dia terus sukses dan maju jaya dalam bidang seni supaya sebaris artis-artis ternama tanah air seperti Faizal tahir dan Anuar Zain.

0 comments:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment