Saturday, January 1, 2011

Faizal Yusup Meninggal Dunia!!!

Ini satu berita yang saya dapat dari Farid wari salah seorang pelakon baru yang tulis di wall status nya(facebook) berkenaan perginya seorang lagi insan seni tanah air iaitu Faizal Yusup pada jam 1.45 tengah hari tadi. Menurutnya, dia menerima berita itu dari Nana( DJ radio swasta). Menurut satu sumber, arwah rebah di bilik air di rumah kediamannya Sentul, Kuala Lumpur.



Akibat kejadian itu, Shaiful (abang arwah) dan isteri arwah iaitu Rosmunira Rashid, 27 , yang dinikahi arwah setahun yang lalu membawa Faizal ke Pusrawi untuk mendapatkan rawatan lanjut pada jam 10 pagi. Punca kematian adalah arwah mengalami masalah jantung di mana salah satu saluran jantungnya tersumbat. Sebelum itu, Faizal mengadu dadanya sakit dan berusaha untuk bangun tetapi dihalang oleh isterinya.

Faizal meninggalkan seorang balu yang kini mengandung anak kedua beliau 5 bulan dan seorang anak lelaki bersama bekas isteri beliau iaitu Siti Nordiana, 26. Drama Tiramitsu yang kini sedang rancak ditayangkan di tv3 bagi slot Akasia merupakan drama terakhir beliau sebelum beliau meninggalkan kita tengah hari tadi. Sebelum ini, beliau memegang watak Dani untuk drama Adamaya pada tahun lepas bersama Lisa Surihani dan Sein.

Semoga rohnya dicucri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang beriman. Al-Fatihah... Maklumat lanjut klik di sini





0 comments:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment