Friday, January 7, 2011

AJL 25 Milik Siapa?

Anugerah juara lagu ke-25 semakin hampir kemuncaknya. Acara yang gilang-gemilang ini bakal berlangsung pada 9 januari 2010 di Stadium Putra, Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada pukul 9 malam dan bersiaran langsung di tv3 dan radio rasmi AJL hotfm. Sebanyak 14 buah lagu bakal berentap pada malam itu nanti.

http://cdn.cisdel.com/wp-content/uploads/2010/12/ANUGERAH-JUARA-LAGU-25_1293463411521.jpg

Untuk edisi kali ini, AJL25 bakal tampil dengan tema yang baru iaitu Music Maping atau pemetaan muzik dan semestinya berbeza dari tahun-tahun sebelumnya. Pemenang anugerah juara lagu akan membawa pulang sebuah trofi dan wang tunai RM35000, naib juara pula akan membawa pulang sebuah trofi dan wang tunai RM15,000 manakala tempat ketiga akan membawa pulang wang tunai RM12,000 dan sebuah trofi. Persembahan terbaik dan vokal terbaik pula masing-masing membawa wang tunai RM10000 dan sebuah trofi.

Siapa agaknya akan menang AJL25 kali ini? sama-sama kita saksikan nanti; dengar-dengar Faizal Tahir bakal menjulang AJL25? adakah ramalan itu benar? sama-sama kita tunggu dan lihat...


0 comments:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment