
Ya Irma Hasmi sudah bertudung!!! Menurut majalah Media Hiburan yang aku beli hari ini di muka surat 12 yang mengatakan Irma Hasmi telah bertudung sekembalinya dari umrah baharu-baharu ini. Namun, dia tidak mahu mewawarkan kepada umum takut nanti niatnya lari dan tidak mahu dikatakan sengaja mencari publisiti.
Menurut Irma lagi dia kini sudah bertudung dan doakanlah agar ianya kekal sampai bila-bila. Alhamdulillah, seorang lagi artis wanita sudah bertudung. Moga yang lain dapat mengikuti jejak langkah Irma Hasmi, bukan apa, menutup aurat itukan adalah wajib... Berat hukumannya bila kita tak buat. Nauzubillah...

0 comments:
Post a Comment