Wednesday, March 9, 2011

JIMMY SHANLEY FAIL NUSYUZ

Semalam tengok berita mengkhabarkan Jimmy Shanley hadir ke Mahkamah Rendah Syariah berhubung permohonan nusyuz yang difailkan terhadap isterinya. Permohonan itu difailkan sendiri oleh Jimmy pada awal tahun ini seperti mana yang dilaporkan oleh sebuah akhbar online. 

Kemelut rumah tangga pasangan berkenaan hangat diperkatakan tiga minggu selepas majlis perkahwinan mereka. Mereka bernikah pada 1 oktober 2010. Walau bagaimanapun, Jimmy menyangkal gosip berkenaan kerana isterinya itu sedang hamil.

Dan pada 11 januari lalu, kelibat Jimmy mula kelihatan di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, sekali gus menimbulkan spekulasi mengenai rumah tangganya yang dikatakan semakin goyah.


0 comments:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment