Wednesday, November 23, 2011

Dah lama tak update blog

Oh lamanya tidak ku update blog ini.. dah 1000 lebih review, thankz kpd pembaca yg sudi singgah ke blog ini. Insya Allah saya update semula blog ini.

Ada cerita baru yg saya dgr kat radio tadi, katanya AIM mengambil semula trofi yg dimenangi oleh pemenang. betul ke??? tapi tak dpt pastikan apa sebenarnya isunya.. sehinggalah saya bukak FB ptg tadi ade kawan saya update status bahawa yg lagu terbaik sepatutnya bukan milik Yuna yg nyanyi lagu "Penakut" tetapi milik Anuar Zain untuk lagu "Sedetik Lebih". Katanya terdapat kesilapan teknikal. Apa dah jadi AIM tak habis-habis dengan kontroversi.

Read More → Dah lama tak update blog

Friday, March 18, 2011

Irma Hasmi Sudah Bertudung???



Ya Irma Hasmi sudah bertudung!!! Menurut majalah Media Hiburan yang aku beli hari ini di muka surat 12 yang mengatakan Irma Hasmi telah bertudung sekembalinya dari umrah baharu-baharu ini. Namun, dia tidak mahu mewawarkan kepada umum takut nanti niatnya lari dan tidak mahu dikatakan sengaja mencari publisiti.

Menurut Irma lagi dia kini sudah bertudung dan doakanlah agar ianya kekal sampai bila-bila. Alhamdulillah, seorang lagi artis wanita sudah bertudung. Moga yang lain dapat mengikuti jejak langkah Irma Hasmi, bukan apa, menutup aurat itukan adalah wajib... Berat hukumannya bila kita tak buat. Nauzubillah...


Read More → Irma Hasmi Sudah Bertudung???

Wednesday, March 9, 2011

JIMMY SHANLEY FAIL NUSYUZ

Semalam tengok berita mengkhabarkan Jimmy Shanley hadir ke Mahkamah Rendah Syariah berhubung permohonan nusyuz yang difailkan terhadap isterinya. Permohonan itu difailkan sendiri oleh Jimmy pada awal tahun ini seperti mana yang dilaporkan oleh sebuah akhbar online. 

Kemelut rumah tangga pasangan berkenaan hangat diperkatakan tiga minggu selepas majlis perkahwinan mereka. Mereka bernikah pada 1 oktober 2010. Walau bagaimanapun, Jimmy menyangkal gosip berkenaan kerana isterinya itu sedang hamil.

Dan pada 11 januari lalu, kelibat Jimmy mula kelihatan di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, sekali gus menimbulkan spekulasi mengenai rumah tangganya yang dikatakan semakin goyah.


Read More → JIMMY SHANLEY FAIL NUSYUZ

Mentor 5

hai, lama tak update blog ini, last update minggu lepas kalau tak silap selepas berhenti dari seven eleven. kali ini aku nak cerita ttg rancangan mentor musim kelima yang mula bersiaran pada hari ahad baru-baru nie.  Kebanyakan peserta-peserta hebat tapi malangnya bagi peserta lelaki tak cukup power. takpe lah mungkin baru konsert pertama kot mungkin rasa gugup tak hilang lagi.

Korang perasan tak? salah seorang dari peserta  mirip sangat dengan artis dari singapore. cuba teka siapa? jawapannya aliff aziz, perasan tak muka Aiman ada iras2 dengan aliff aziz? penampilan Aiman pada malam itu, teringat aku masa kemunculan pertama Aliff Aziz di arena seni ini. Stail rambut lebih kurang sama. jom tgk gambar di bawah:-







Apa mcm ada serupa tak???

Read More → Mentor 5

Thursday, March 3, 2011

AIR Q PENAWAR ZAHIR DAN BATIN



AIR KHATAM 30 JUZUK AL-QURAN BESERTA DENGAN 

SELAWAT SYIFA DAN AYAT-AYAT MANZIL


 Mulakan minum dengan surah Al-fatihah dan selawat kemudian niatkan hajat anda semoga dikabulkan.

MANFAATNYA:-
Usaha ikhtiar bagi penyembuhan segala jenis penyakit zahir dan batin, pelembut hati, penerang hati, penerang hati dan lain-lain. Insya Allah.

1001 KEBAIKAN & KEBERKATAN:-

PENDIDIKAN
* Menerangkan hati
* Mencerdaskan minda
* Tidak mudah lupa
* Mudah menghafal
* Meningkatkan semangat belajar

KESIHATAN
* Baik pulih segala penyakit
* Menghindarkan dari gangguan makhlus halus
* Hilangkan rasa keresahan dan tekanan
* Kelihatan cantik dan berseri
* Meningkatkan tenaga dalaman
* Melembutkan hati dan perasaan

KEREZEKIAN
* Membina semangat
* Pembersihan aura dan chakra
* Meningkatkan daya tarikan perniagaan anda
* Mempermudahkan halangan




Harga : RM15 (termasuk kos pos)

akaun bank maybank: 162384-811100
akaun cimb: 1601-0006453-52-9

JIka berminat nak beli bank in RM15 ke salah satu akaun di atas; sila kemukan bukti pembayaran(scan resit pembayaran) spt masa, tempat dan tarikh bayaran ke pendapatan.online86@gmail.com; jika bayaran dilakukan secara online sila copy transaksi tersebut dan paste ke email di atas.

kemukan juga maklumat diri seperti nama, alamat rumah dan no tel supaya mudah untuk dihubungi untuk penghantaran produk.



Read More → AIR Q PENAWAR ZAHIR DAN BATIN

Monday, February 28, 2011

Tidak Buat Vemma lagi!!!!

Wow, dah lama tak update blog nie... sejak 2 bulan telah meninggalkan vemma... aku sudah tidak berminat lagi mengupdate blog ini. Walauapapun perjuangan perlu diteruskan walaupun aku tidak buat vemma lagi. Blog ini harus hidup kerana aku telah memulakannya. Sekurang-kurangnya dapat memberi info yang berguna buat pembaca blog ini di mana mereka berada. 

Alhamdulillah hari ini aku dapat gaji hari ini walaupun hanya seminggu, lebih kurang 12 hari bekerja di seven eleven. Started yesterday i quited from seven eleven officially. i started work for seven eleven on wednesday 15 february 2011. Taubat nasuha pasnie taknak keje kat sana expecially di seven eleven. ingatkan best rupanya indah khabar dari rupa. But i learn sometning from there expecially how to handle the customer. Its not easy to manage the business. Dari situ, aku belajar mcm mana nak cash drop, tube drop, tube recycle and kira duit dgn betul supaya tidak shot. Kalau tidak kena bayar. 

Aku nak buat bioasli semula selepas ini, mintak Allah permudahkan. Amin....

Read More → Tidak Buat Vemma lagi!!!!

Friday, January 7, 2011

AJL 25 Milik Siapa?

Anugerah juara lagu ke-25 semakin hampir kemuncaknya. Acara yang gilang-gemilang ini bakal berlangsung pada 9 januari 2010 di Stadium Putra, Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada pukul 9 malam dan bersiaran langsung di tv3 dan radio rasmi AJL hotfm. Sebanyak 14 buah lagu bakal berentap pada malam itu nanti.

http://cdn.cisdel.com/wp-content/uploads/2010/12/ANUGERAH-JUARA-LAGU-25_1293463411521.jpg

Untuk edisi kali ini, AJL25 bakal tampil dengan tema yang baru iaitu Music Maping atau pemetaan muzik dan semestinya berbeza dari tahun-tahun sebelumnya. Pemenang anugerah juara lagu akan membawa pulang sebuah trofi dan wang tunai RM35000, naib juara pula akan membawa pulang sebuah trofi dan wang tunai RM15,000 manakala tempat ketiga akan membawa pulang wang tunai RM12,000 dan sebuah trofi. Persembahan terbaik dan vokal terbaik pula masing-masing membawa wang tunai RM10000 dan sebuah trofi.

Siapa agaknya akan menang AJL25 kali ini? sama-sama kita saksikan nanti; dengar-dengar Faizal Tahir bakal menjulang AJL25? adakah ramalan itu benar? sama-sama kita tunggu dan lihat...


Read More → AJL 25 Milik Siapa?