Wednesday, November 24, 2010

Ariel Peterpan Berdepan Jel 12 tahun

Sumber Harian Metro selasa, 23 november 2010

Boleh dijel 12 tahun, denda RM2j jika sabit kesalahan





BANDUNG: Bintang rock Indonesia, Ariel Peterpan semalam mula dibicarakan atas tuduhan mengedar dua video seks buatan sendiri di Internet.

Ariel atau nama sebenarnya Nazriel Irham, 29 yang dibicarakan secara tertutup di mahkamah di Bandung, Jawa Barat, berdepan dengan tuduhan jenayah termasuk yang difailkan menurut undang-undang antipornografi 2008, kata pendakwa raya, Rusmanto kepada wartawan.

Lebih 500 polis dikerah mengawal keselamatan sementara peminat setia penyanyi itu, khususnya gadis remaja dan aktivis Islam, memenuhi bahagian luar mahkamah.

"Banyak kes seperti ini tetapi mengapa mereka dibebaskan, tidak Ariel. Adakah kerana dia terkenal. Kami mahukan keadilan," kata pelayan berusia 22 tahun, Ruri Astari ketika 20 peminat lain penyanyi itu menyanyikan lagu hitsnya dan membawa sepanduk 'Bebaskan ariel' .

Aktivis Islam, Hirman Firdaus berkata, penyanyi itu adalah ancaman kepada masyarakat dan sepatutnya diberikan hukuman berat.

"Saya mahu dia dihukum berat. Perbuatannya tidak bermoral,"katanya.

Video lucah yang didakwa diedarkan oleh Ariel membabitkan rakaman seksnya dengan dua selebriti Indonesia, Luna Maya dan Cut Tari.

Jika didapati bersalah, Ariel boleh dikenakan hukuman penjara 12 tahun dan denda Rp6 bilion (RM2 juta).

Perbicaraan hari pertama penyanyi itu semalam hanya berlangsung selama 82 minit dan akan disambung semula 29 November depan.Agensi

0 comments:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment