Wednesday, November 24, 2010

Artis Lelaki Mendominasi Anugerah Juara Lagu ke-25.

Pada hari Isnin yang lalu bertarikh 22 nov 2010 telah berlangsung pusingan ke-3 separuh akhir muzik-muzik dengan meriahnya. Tetamu jemputan pada ketika itu ialah Kumpulan Spider yang pernah merangkul anugerah juara lagu pada tahun 2004 menerusi lagu "Relaku Pujuk". Sebanyak 14 lagu yang layak ke Anugerah Juara Lagu ke-25 telah diumumkan pada hari tersebut. Lihat di bawah;




Senarai lagu layak ke di peringkat akhir Juara Lagu Ke 25...
  • Faizal Tahir - Hanyut
  • Shahir - Kebahagiaan Dalam Perpisahan
  • Hafiz - Noktah Cinta
  • Meet Uncle Hussain - Drama King
  • Adira - Ku Ada Kamu
  • Yuna - Cinta Sempurna
  • A.P.I - Pelita
  • Tomok - Berlari
  • Black - Sofea Jane
  • Hujan - Mencari Konklusi
  • Faizal Tahir - Selamat Malam
  • Bunkface - Extravaganza
  • Stacy - Jahat
  • Anna Raffali - Tolong Ingatkan Aku

Pada anugerah juara lagu kali ini nampaknya artis lelaki lebih mendominasi berbanding 10 tahun dulu di mana banyak artis wanita memeriahkan pentas anugerah juara lagu. Pada ketika itu, nama-nama seperti ziana zain, nora, dato' siti nurhaliza, liza hanim dan noraniza idris kerap kali masuk ke anugerah juara lagu.  Antara artis lelaki solo yang mendominasi anugerah juara lagu pada kali ini ialah Faizal tahir, Hafiz, Black, dan shahir af8. Jika dilihat trend kebelakangan ini dalam 3 tahun banyak band menghiasi anugerah juara lagu seperti extrange, sofaz, meet uncle hussein, hujan dan baunkface. Yang semuanya terdiri daripada lelaki. Dalam anugerah ini cuma 4 artis wanita sahaja yang bertanding iaitu Yuna, Ana Raffali, Stacy dan Adira. Syabas kepada kaum Lelaki, anda semakin maju kehadapan.. Teruskan usaha untuk mengembalikan maruah kita yang kian jatuh di mata wanita.

0 comments:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment