Sunday, November 21, 2010

Siti Nurhaliza merajuk tak menang?

Sumber dari mymetro: ruangan soseh soseh


KATA rakan SS yang menghadiri majlis Anugerah Shout! Awards di Stadium Putra, Bukit Jalil, Sabtu lalu, majlis itu berlangsung dalam suasana sangat meriah. Hampir 20,000 orang datang dan ia lebih meriah dari tahun lepas.
Namun ada juga yang kata, anugerah ini untuk mengiktiraf orang muda dan ternyata mereka yang menang pun kebanyakannya wajah baru yang belum begitu dikenali ramai. 


Bagi SS, jika benar anugerah itu khusus untuk orang muda, ia mungkin sebagai satu cara menaikkan semangat mereka bersaing dengan mereka sudah ada nama besar dalam industri. 


Setiap tahun ada banyak majlis anugerah dianjurkan dan setiap satu menyediakan kriteria pencalonan tersendiri.






Misalnya untuk Festival Filem Malaysia, ia meraikan warga filem, Anugerah Juara Lagu pula memberi pengiktirafan kepada komposer lagu, penulis lirik dan penyanyi.



Manakala Anugerah Skrin pula menghargai mereka yang terbabit dalam dunia penerbitan drama walaupun ada juga disediakan beberapa kategori untuk orang 
filem. 



Anugerah Bintang Popular Berita Harian pula memberi peluang peminat untuk memilih artis dan selebriti pujaan mereka yang paling popular. 



Sudah biasa sangat SS dengar, dalam mana-mana majlis anugerah mesti ada pihak yang tidak puas hati. Yang menang mestilah senyum sampai nampak gusi tetapi yang kalah mula sibuk membuat pelbagai spekulasi. Pada SS, tak payahlah ambil hati 
sangat. 



Seperti SS katakan tadi, semua majlis anugerah yang diadakan itu memberi peluang kepada semua insan seni tempatan menerima penghargaan. 



Apa jua cabang seni yang disertai sama ada di depan atau di sebalik tabir, semuanya membantu merancakkan lagi industri seni. Nanti, kalau pada semua majlis anugerah, asyik wajah sama naik pentas, menyampah 



pula. Takkan kerja dia saja yang bagus dan idea dia saja yang diterima ramai. 



Sekurang-kurangnya, apabila ada majlis anugerah seperti Shout! Awards, peminat hiburan tanah air tahu kita ada banyak orang baru yang berbakat besar dan program baru yang sangat hebat. 



Namun mungkin sebelum ini, kurang diberi pendedahan. Apapun syabas kepada 8TV yang berjaya menganjurkan anugerah ini buat tahun kedua. 



Apa yang penting kerjasama. Seperti kata Afdlin Shauki dan Hans Isaac yang turut datang ke majlis anugerah itu, yang penting saling menyokong kerjaya rakan-rakan tanpa terlalu memikirkan soal kemenangan. Asalkan bekerja dengan ikhlas, tentu kejayaan akan menyusul. 



Bagaimanapun, rakan SS ternampak Datuk Siti Nurhaliza balik awal selepas dua kategori yang mencalonkan namanya tidak menang. Takkan Siti terasa hati kot? Lagipun setahu SS Siti jarang menghadiri post-party pada mana-mana majlis anugerah yang dihadirinya.


Menurut pandangan saya, takde sbb siti nak merajuk tak menang, lagipun dia dah banyak menang anugerah sama ada dari dalam negara mahupun dari luar negara. Kalau pun dia merajuk tak menang, kenapa dia tarik diri dari anugerah Bintang Popular untuk tahun depan. Lagipun tahun depan ada lagi, boleh cuba lagi, Mungkin dia ada hal lain seperti ada show ker? mana kita tahukan? sekian...

0 comments:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment