Sunday, December 12, 2010

Mentor 5 Kembali Lagi!!!

Sumber dari www.gua.com.my

Kepada sesiapa yang meminati program realiti expecially Mentor, ada berita baik buat anda. Program ini akan kembali menemui penonton pada tahun 2011. 




Program ini pernah direhatkan selama 2 tahun untuk memberi laluan kepada program realiti lain iaitu Gangstarz dan kini kembali pada tahun 2009 yang mana Black menjadi Juaranya. Selain Black, protege yang pernah merangkul Juara mentor adalah Pija(musim pertama), Fiq(musim kedua) dan Mohd(musim ketiga). Dan antara artis-artis hebat yang pernah memeriahkan program mentor sebelum ini merangkap sifu kepada anak didiknya ialah Ning Baizura, Nora, Datuk Siti Nurhaliza, Nurul, Amy Search dan Mas Idayu.

Kini, sebanyak 6 lagi artis-artis hebat tanah air yang bukan calang-calang dalam industri hiburan akan menjadi sifu kepada protege-protege yang bakal mewarnai industri hiburan kelak. Mereka adalah Afdlin Shauki, Erra Fazira, Edry Abdul halim, Rahim Maarof, Datuk Sharifah Aini dan tidak ketinggalan Noh Hujan selaku sifu paling muda di antara 5 nama-nama besar ini.

Sesi ujibakat akan bermula pada 18 Disember 2010 hingga 30 Januari 2010 di Sabah dan Sarawak diikuti dengan Semenanjung Malaysia di Sri pentas tv3. Ujibakat akan diadakan dari pukul 10.00 pagi hingga 5 petang.

Untuk maklumat Lanjut sila klik di sini

0 comments:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment