Wednesday, December 22, 2010

5 Berjaya Melangkah ke Grand Finale Idola Kecil III

Pada hari Sabtu yang lalu, tamatlah segala teka-teki siapa yang berjaya melangkah ke grand finale Idola Kecil musim ke-3. Tapi malangnya buat Afif, Farah dan Angel terpaksa akur dengan keputusan juri, mereka tidak layak untuk ke peringkat akhir. Keputusan ini sangat mengejutkan  kerana 3 orang sekaligus disingkirkan berbanding 2 musim sebelum ini hanya seorang disingkirkan sebelum ke peringkat akhir.



Untuk musim kali hanya 5 orang sahaja yang dipilih untuk peringkat akhir iaitu Puteri, Balqis, Harris, Hadi dan Shazlin. Berbanding 2 musim sebelum ini 6 orang layak ke peringkat akhir. Menurut juri tetap Atilia, memang sukar untuk menentukan siapa yang layak ke peringkat akhir kerana persembahan setiap peserta sangat memberangsangkan. 

Peringkat akhir Idola kecil III akan disiarkan secara langsung dari Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam pada pukul 8.30 malam di tv9. Juara akan memenangi hadiah utama RM10,000, manakala tempat kedua pula RM5000 dan tempat ketiga RM3000.

0 comments:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment