Monday, December 6, 2010

Salam Maal Hijrah 1432H

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Apa khabar semua? Di harap anda semua berada dalam keadaan sihat dan luar biasa baik. Salam Maal Hijrah buat anda semua. Semoga tahun baru Islam ini memberikan seribu sinar dan harapan buat anda semua. Dah ada azam baru? ke tunggu untuk melangkah ke tahun 2011 dulu, kenapa perlu tunggu kalendar orang putih untuk buat azam? kalendar Islam kan ada. Jadi, sebagai orang Islam kita perlu dan seharusnya ikut kalendar orang Islam. Tak salah ikut Tahun Baru Masihi, tapi lebih molek ikut Kalendar Islam.

O.k, pengertian Hijrah sangat besar dan mendalam. Selalu kita faham Hijrah bermaksud berpindah pada kata dasarnya atau berpindah dari satu tempat ke tempat yang lain. Tetapi bagi orang yang mengerti, Hijrah adalah berubah dari keburukan kepada kebaikan, dari negatif kepada positif. Sejarah menunjukkan bahawa Nabi Muhammad s.a.w behijrah dari Kota Mekah ke Kota Madinah untuk menyebarkan Islam setelah mendapati kesukaran dan cemuhan dari penduduk Mekah sendiri tentang ajaran Islam. Jadi, Allah memerintahkan Nabi Muhammad s.a.w berhijrah ke Kota Madinah.

Pengertian Hijrah dapat digunakan oleh kita dalam menjalani kehidupan ini sama ada anda student, pekerja, boss, atau business man. Dalam dunia perniagaan khususnya, seperti MLM atau seumpamanya perlu mengambil konsep Hijrah ini di mana kita perlu berhijrah dari sifat negatif seperti malas, suka bertangguh-tangguh dan patah semangat kepada lebih berani, berdaya saing dan berfikiran positif.

Oleh itu, wajar Orang Islam sekarang ini kembali menghayati ajaran Islam khususnya pengertian Hijrah. Jangan dok sibuk lagi menyambut "Valentine Day", New Year yang jelas2x bertentangan dengan ajaran Islam dan tidak membawa apa-apa makna pun sebenarnya.

0 comments:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment