Tuesday, December 28, 2010

Harris Juara Idola Kecil Musim Ke-3!!!

Pada hari sabtu yang lalu bersamaan 25/11/2010 telah berlangsung Grand Finale idola kecil musim ke-3 dengan meriahnya. Malam penentuan siapa yang bergelar juara telah diketahui pada malam penuh debaran itu yang diadakan secara langsung dari Seri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam pada jam 8.30 malam dan juga di tv9.


Tahniah kepada Harris atau nama sebenarnya Nor Harris Alif Rashidi, kerana telah dinobatkan sebagai juara Idola Kecil musim ke-3 sekaligus membawa pulang RM10,000 sebagai hadiah utama selain sebuah trofi. Buat pertama kali dalam sejarah idola kecil, Harris adalah peserta pertama lelaki memenangi tempat pertama setelah 2 musim dimenangi oleh peserta wanita.

Tempat kedua pula dimenangi oleh Puteri atau nama penuhnya Puteri Aszfaryna Khareeza berumur 11 tahun dan membawa pulang RM5000 beserta trofi dan sijil penyertaan. Manakala tempat ketiga pula dimenangi oleh Balqis berumur 11 tahun membawa pulang wang tunai RM3000 beserta trofi dan sijil penyertaan. Tempat keempat hingga kesepuluh membawa hadiah sagu hati berupa wang tunai RM1000 sumbangan tv9 beserta sijil penyertaan.

Kepada peminat rancangan ini, satu episod khas idola kecil 3 akan ditayangkan  pada 1 januari 2011 pada pukul 9 malam di tv9. Episod ini akan menceritakan segala kenangan pahit dan manis setiap peserta sepanjang program ini berjalan.


0 comments:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment