Saturday, December 18, 2010

Hikmah Berkhatan

Musim cuti sekolah yang panjang seperti bulan 11 dan 12, ramai ibu bapa Islam mengambil kesempatan membawa anak lelaki mereka berkhatan. Malah, ibu bapa bukan Islam sekarang ni pun ada yang membawa anak mereka untuk berkhatan seperti yang pernah dilaporkan di surat khabar terkemuka baru-baru ini.


Apa makna sebenar berkhatan?Berkhatan adalah membuang kulit hujung(muncung) zakar dengan melakukan sedikit pembedahan kecil di bahagian tersebut. Berkhatan juga merupakan satu tuntutan agama kerana ia mengikut sunnah Rasulullah s.a.w dan ada sesetengah pendapat mengatakan ia wajib untuk tujuan kebersihan supaya sah melakukan solat.

Beberapa hikmah berkhatan adalah seperti berikut:-



  • Untuk menjaga kebersihan kerana pada hujung kulit zakar tersebut terdapat bakteria yang membiak di situ akibat pembuangan air kecil. Ini boleh menjejaskan ibadat solat mereka. Justeru itu, Islam menggalakkan umatnya berkhatan. Hal ini dapat dilihat melalui hadis yang diriwayatkan daripada Ibnu Abbas katanya, "Seseorang yang tidak berkhatan tidak diterima solatnya dan hasil penyembelihannya juga tidak boleh dimakan."

  • Mencegah HIV. Hal ini dapat dilihat pada kenyataan yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia pada 28 Mac 2007 tentang pencegahan kuman HIV.  Kenyataan itu berbunyi,






    'Kajian saintifik telah membuktikan tanpa sebarang keraguan bahawa lelaki berkhatan mengurangkan kadar perpindahan kuman virus HIV kepada wanita atau isteri. Seeloknya, berkhatan dilakukan sewaktu berumur lebih kurang satu tahun kerana kadar risiko dan komplikasi prosedur lebih rendah'.

    Berkhatan juga telah mula diamalkan di negara yang berisiko tinggi akan jangkitan HIV seperti di beberapa buah negara di benua Afrika.

  • Mengurangkan risiko kanser.  Berkhatan juga mampu mengurangkan risiko penyakit kanser yang menjadi pembunuh no.2 di negara kita. Antara contoh-contoh kanser yang dapat dielakkan seperti kanser zakar, prostat, serta kanser serviks (pangkal rahim) dan payudara kepada wanita. Antara faktor pencetus kepada kanser serviks di kalangan wanita adalah disebabkan oleh kuman Human Papilloma Virus (HPV) yang berlindung di bawah kulit hujung zakar dan dipindahkan kepada wanita semasa hubungan kelamin berlaku. Kajian menunjukkan kadar kejadian kanser serviks boleh dielakkan sebanyak 20% jika semua lelaki berkhatan. Selain itu, jenis virus ini juga boleh menyebabkan kanser payudara. Bagi kaum Lelaki, risiko terkena kanser zakar dapat dikurangkan apabila mereka dikhatan pada umur kurang dari satu tahun. Di Eropah, kajian menunjukkan  lelaki yang berkhatan mempunyai kadar risiko terkena kanser prostat 2 kali lebih rendah. 


    Dan banyak kelebihan dan hikmah berkhatan, kepada adik-adik yang di luar sana jangan takut berkhatan erk... takda apa nak ditakutkan. Sekarang dunia dah canggih, guna laser jer untuk berkhatan, dah tak sakit dah hehehe.

0 comments:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment