Friday, December 3, 2010

Mahu tahu Kunci untuk Menjadi Kaya?

Hai, semua.... 

Artikel kali ini, saya mahu mengupas serba- sedikit bagaimana mahu menjadi kaya? tip ini saya ambil daripada buku Irfan Khairi yang bertajuk "Nota Jutawan Nota Motivasi". Kunci kekayaan yang pertama adalah keinginan menjadi KAYA.

Anda mesti memiliki keinginan yang kuat untuk menjadi kaya yang meliputi hasrat atau kehendak untuk mencapai tahap kebebasan kewangan. Mengapa saya kata perlu ada keinginan yang kuat? Kerana dengan keinginan yang kuat sahaja lah yang akan membakar semangat atau motivasi anda untuk mencapai matlamat kewangan anda.

Ibarat seperti sebuah kapal terbang, keinginan merupakan enjin yang menggerakkan kapal terbang tersebut. Lebih hebat enjin tersebut, maka lebih lancar dan mantap kapal terbang itu terbang di udara.

Apa jua pencapaian yang anda perolehi adalah bersumberkan kepada kehebatan keinginan anda. Untuk menjadikan keinginan kita itu hebat, kita perlu senaraikan seratus satu sebab untuk mencapai keinginan menjadi kaya. Kenapa seratus satu sebab? sebab kalau hanya satu, dua atau tiga sebab sahaja, keinginan kita itu tidaklah begitu besar dan kurang hebat serta melemahkan semangat kita untuk mencapai keinginan menjadi kaya. Jika ia seratus satu sebab, keinginan itu akan bertindak sebagai satu pemangkin semangat buat anda untuk terus mencapai matlamat kewangan anda.


Sekarang, senaraikan 101 sebab mengapa perlu jadi kaya....



0 comments:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment