Wednesday, December 1, 2010

Kebaikan Meditasi



Di Washington, satu kajian terbaru mendakwa amalan meditasi bukan setakat mengurangkan tekanan tetapi membantu memperbetulkan aliran tekanan darah tinggi selain mengatasi perbagai kesan sampingan dan keburukan akibat pengambilan ubat anti tekanan.

Dalam kajian ini, penyelidik Universiti Kentucky melakukan Sembilan ujian yang dikawal dengan meditasi sebagai amalan utama oleh pengidap penyakit tekanan darah tinggi sebagai pesertanya.



Apa yang didapati amalan itu terbukti menjadi punca utama pengurangan tekanan darah tinggi sebanyak 4.7milimeter (sistolik) dan 3.2milimeter (diastolic).
Ketua penyelidik Dr James W Anderson yang juga professor perubatan falkulti perubatan universiti itu, mendakwa pengurangan tekanan darah sedemikian boleh mengurangkan ancaman atau risiko penyakit berkaitan, termasuk masalah jantung.



Lebih menarik lagi, pengurangan itu berlaku tanpa sebarang kesan sampingan pengambilan ubat berkaitan. Dipetik dari Berita Harian 17 Mac 2008.

0 comments:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment